Saturday 16 July 2011

Majlis Perasmian Penutup Minggu PSS 2011

Seawal jam 7.45 pagi, selepas bacaan Yasin, taklimat tentang majlis dilaksanakan oleh Ustaz Shahirul Abdullah.



Cenderamata untuk guru-guru yang komited. Terima kasih.



Barisan jemputan VIP.



Karya pelajar yang kreatif dan menarik.













Keesokannya iaitu 15 Julai 2011, Bengkel menjawab soalan Bahasa Melayu Tahun 5 diadakan. Bengkel ini bertempat di dewan tertutup Blok Tun Sambanthan.



Para pelajar tekun menyiapkan soalan yang diberikan oleh guru.

ICT dalam P&P


Maksud Penggunaan ICT
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud  menggunakan ICT secara terancang,  bersesuaian,dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P

Menggunakan ICT Dalam P&P
  •  Aplikasi
  •  Komunikasi
  •  Penerokaan (eksploratori)
  •  Tutorial 
Syarat Untuk Memanfaatkan ICT Dalam P&P
  • Penggunaan ICT bersesuaian dengan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P
  • Perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran.
  • ICT dalam P&P dirancang dengan baik bukan secara “bidan terjun”

Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampai kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
  • Pembelajaran ekspositori
  • Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
  • Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

Manfaat ICT Dalam Pembelajaran
  • Membolehkan pembelajaran bersendiri
  • Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
  • Meningkatkan motivasi
  • Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  • Suasana pembelajaran yang menyeronokan  
  • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid


Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:
  • mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, gerbang maklumat dll.
  • mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
  • melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid
  • Perbezaan – Pembelajaran Penerokaan murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT manakala Pembelajaran Toturial hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem (guru)

Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi
ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p
  • Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf
  • Penggunaan perisian aplikasi khusus seperti editor grafik

Maksud ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.
  • Audio
  • Video
  • Kombinasi pelbagai mod
  • Teks
  • Grafik

Tuesday 12 July 2011

Langkah-langkah Membina Blog



MINGGU PSS (10/7-14/7/2011)


"Banner" sempena Minggu PSS 2011



11/7/2011

Dirasmikan oleh Guru Besar SK Sungai Pasir Kechil Puan Hajjah Norharizan Bt Nawawi. Bermula pada 10 Julai 2011.Setiap Panitia Mata Pelajaran mengelolakan bilik khas yang telah disediakan oleh Guru PSS. Murid akan beredar ke bilik-bilk tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Saksikan program-program yang disediakan.

Bermain "DAMRIA"



Hasil Kerja KH


Pameran Unit J-qaf
Sesi Bacaan Al-Quran 

Sesi menonton dan menjawab kuiz

12/7/2011

Aktiviti disambung pada hari ini.

"Pelancaran Roket"
dengan bimbingan guru pelatih IPG KSAH


"Permainan Nombor"
oleh Panitia Matematik

Perkembangan Rupa Matawang
di Malaysia

akan bersambung........       

Tuesday 28 June 2011

Cara-cara Membina Blog

Langkah 1
Sebelum mencipta blog, pengguna perlu mendaftar nama di ‘Google accounts’.


Langkah 2
Kemudian, buka laman web Google seperti di bawah.


Langkah 3
Taip ‘www.blogspot.com’ di ruang kosong dan klik ‘Search’. Hasilnya seperti di bawah.


Langkah 4
Klik pada hasil carian yang pertama dan laman web ‘Blogger’ akan terpapar seperti di bawah. Bagi pengguna yang baru mula dengan blog, klik ‘Get started’.

Langkah 5
Setelah ikon ‘Get started’ diklik, paparan di bawah akan muncul. Pengguna perlu mengisi maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik pada ikon anak panah bertulis ‘Continue’ di bahagian bawah hujung sebelah kanan skrin.


Langkah 6
Kemudian, pengguna dikehendaki mengisi nama blog (Blog title) dan alamat blog (Blog address – URL). Selepas itu, klik pada ikon anak panah bertulis ‘Continue’.

Langkah 7
Kemudian, pengguna boleh memilih corak ‘template’ atau lebih dikenali sebagai ‘background’ yang disukai untuk blog sendiri. Seperti sebelum ini, apabila selesai, pengguna perlu klik pada ikon anak panah bertulis ‘Continue’ untuk ke paparan seterusnya.


Langkah 8
Selepas itu, paparan di bawah akan muncul yang menyatakan blog anda sudah dicipta. Dari sini, pengguna (atau lebih dikenali sebagai blogger) boleh memilih sama ada untuk teruskan ber’blog’ ataupun mengubah tetapan blog anda.