Tuesday 28 June 2011

Cara-cara Membina Blog

Langkah 1
Sebelum mencipta blog, pengguna perlu mendaftar nama di ‘Google accounts’.


Langkah 2
Kemudian, buka laman web Google seperti di bawah.


Langkah 3
Taip ‘www.blogspot.com’ di ruang kosong dan klik ‘Search’. Hasilnya seperti di bawah.


Langkah 4
Klik pada hasil carian yang pertama dan laman web ‘Blogger’ akan terpapar seperti di bawah. Bagi pengguna yang baru mula dengan blog, klik ‘Get started’.

Langkah 5
Setelah ikon ‘Get started’ diklik, paparan di bawah akan muncul. Pengguna perlu mengisi maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik pada ikon anak panah bertulis ‘Continue’ di bahagian bawah hujung sebelah kanan skrin.


Langkah 6
Kemudian, pengguna dikehendaki mengisi nama blog (Blog title) dan alamat blog (Blog address – URL). Selepas itu, klik pada ikon anak panah bertulis ‘Continue’.

Langkah 7
Kemudian, pengguna boleh memilih corak ‘template’ atau lebih dikenali sebagai ‘background’ yang disukai untuk blog sendiri. Seperti sebelum ini, apabila selesai, pengguna perlu klik pada ikon anak panah bertulis ‘Continue’ untuk ke paparan seterusnya.


Langkah 8
Selepas itu, paparan di bawah akan muncul yang menyatakan blog anda sudah dicipta. Dari sini, pengguna (atau lebih dikenali sebagai blogger) boleh memilih sama ada untuk teruskan ber’blog’ ataupun mengubah tetapan blog anda.