Maksud Penggunaan ICT
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian,dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P
Menggunakan ICT Dalam P&P
Syarat Untuk Memanfaatkan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT bersesuaian dengan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P
Perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran.
ICT dalam P&P dirancang dengan baik bukan secara “bidan terjun”
Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampai kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
Pembelajaran ekspositori
Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem
Manfaat ICT Dalam Pembelajaran
Membolehkan pembelajaran bersendiri
Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
Meningkatkan motivasi
Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
Suasana pembelajaran yang menyeronokan
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:
mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, gerbang maklumat dll.
mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid
Perbezaan – Pembelajaran Penerokaan murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT manakala Pembelajaran Toturial hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem (guru)
Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi
ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p
Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf
Penggunaan perisian aplikasi khusus seperti editor grafik
Maksud ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.
Audio
Video
Kombinasi pelbagai mod
Teks
Grafik